Senin, 31 Juli 2017

Rusia Usir 755 Diplomat Amerika Syarikat

MOSCOW: Presiden Rusia, Vladimir Putin akan mengusir 755 diplomat Amerika Syarikat (AS) susulan tindakan Washington mengenakan sekatan baharu ke atas Moscow.

Putin dalam satu wawancara bersama stesen televisyen tempatan pada Ahad, berkata, beliau telah mengarahkan langkah tersebut kerana sudah tiba masanya buat Rusia untuk bertindak sebagai ‘jawapan’ kepada AS.

Bagaimanapun Putin berkata, tiada tindakan segera diambil ke atas AS setakat ini.

“Saya menentangnya (sekatan AS),” kata Putin kepada Vesti TV.

 Pada Jumaat, Moscow mengarahkan AS supaya mengurangkan jumlah staf diplomatik dan akan merampas dua harta diplomatik AS selepas Dewan Perwakilan AS dan Senat meluluskan sekatan baharu ke atas Rusia.

Rusia berkata, AS mempunyai masa sehingga 1 September untuk mengurangkan jumlah staf diplomatik kepada 455 orang, menyamai jumlah diplomat AS yang meninggalkan negara Barat itu selepas Washington mengusir 35 diplomatik Rusia pada Disember.

Sekatan baharu AS merupakan hukuman ke atas Rusia kerana bertanggungjawab atas pemisahan Crimea pada 2014 dan hasil siasatan perisikan AS mengganggu Pilihan Raya AS 2016.

Putin sebelum ini mengulangi bahawa sekatan AS hanya memburukkan lagi hubungan kedua-dua negara. –  Al-Jazeera

Loading...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar