Senin, 31 Juli 2017

Gadis remaja bertudung bermain lagu Metal Rock untuk menyampaikan idea !!!


Voice of Baceprot atau lebih dikenali dengan VoB, adalah satu band yang ber-genre kan metal rock. Satu ketika dulu, Malaysia pernah di hujani dengan budaya metal rock, dan ada yang mengatakan budaya ini adalah ajaran atau ikutan yang sesat, malah ada yang mengatakan genre tersebut hanya akan menjatuhkan martabat remaja pada masa tersebut.

Tetapi, di zaman alaf baru ini, yang majoriti nya adalah remaja generasi Y, budaya rock metal masih lagi hidup dan mula di terima oleh masyarakat.

Tetapi apa yang menarik tentang kumpulan VoB (Voice of Baceprot) ini, kesemua ahli band mereka terdiri daripada wanita yang berhijab. Anda seperti tidak percaya...!!


Memang betul, ahli kumpulan VoB ada 3 orang Firdda Kurnia (vocalist & guitarist), Euis Siti Aisyah (drummer), dan Widi Rahmawati (bassist). Ketiga-tiga wanita remaja ini semua bertudung, dan band ini ditubuhkan pada 2014 semasa mereka sekolah, yang dilatih oleh guru musik  mereka Erza Satia merangkap pengurus mereka sekarang.

Apa yang menarik tentang band ini, bukan sahaja mereka semua adalah wanita, tetapi apa yang di sampaikan di dalam lagu-lagu mereka. Mereka lebih memperjuangkan tentang stereotaip terhadap wanita Islam yang dianggap tunduk lemah dan tidak bersuara.

Ramai yang mengecam mereka pada mulanya, tetapi mereka berjaya menundukkan segala kecaman terhadap band mereka setelah mereka memenangi anugerah dalam music festival Indonesia.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar