Senin, 31 Juli 2017

Gambar menyayat hati: Anak menangis tidak terurus, ibu khayal dadah tidur di kaki lima

Gambar menyayat hati: Anak menangis tidak terurus, ibu khayal dadah tidur di kaki lima

Gambar menyayat hati: Anak menangis tidak terurus, ibu khayal dadah tidur di kaki lima

Tular gambar dua orang kanak-kanak yang sedang menangis disamping ibu mereka di kaki lima hari ini . Ibu kepada dua orang kanak-kanak itu dipercayai berada di bawah pengaruh dadah .
Melalui gambar tersebut , anak perempuan wanita itu menangis meminta bantuan serta mencuba untuk membangunkan ibunya yang sedang tidur manakal adiknya seperti tidak tahu apa yang harus dilakukan .
Mengikut komen netizen yang pernah berjumpa dengan keluarga ini , mereka bukanlah dari negara ini tetapi warganegara Thailand .
Kejadian itu dilaporkan semalam dan melalui komen-komen netizen , tiga beranak itu sering dilihat berada di sekitar kawasan Chowkit dan Jalan Putra .
Menurut aktivis Syed Azmi , beliau telah memaklumkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk membantu namun ketika kelibat tiga beranak itu tidak kelihatan apabila mereka hadir ke lokasi yang disampaikan .
Salah seorang netizen mengaku pernah melihat mereka ketika berada di Chowkit . Ibu berkenaan pernah cuba untuk menjual telefon bimbit untuk mendapat duit . Tidak cukup itu , anak-anak dibiarkan tidak berbaju dan kencing merata-rata di perhentian bas .
Kemudian ditambah lagi ” ada yang pernah nak bantu mereka , tapi apabila disuruh datang ke Centre NGO , keesokkan harinya mereka lesap entah ke mana ” mungkin takut dan risau dipisahkan
Rata-rata yang memberikan komen mengharap agar bantuan diberikan kepada tiga beranak berkenaan ‘ kesian , budak menangis kelaparan’
Syed Azmi juga meminta sekiranya terdapat sesiapa yang menjumpai tiga beranak itu segeralah memaklumkan kepada beliau agar dapat dibantu dan diuruskan dengan baik .
Kepada pihak bertanggungjawab , selamatkan dan bantulah mereka.
Loading...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar