Baru-baru ini viral di media sosial apabila sebuah video memaparkan sekumpulan lelaki telah bertindak membelasah seorang lelaki yang dikatakan cuba mengambil telefon bimbit seorang pekerja di Pasar Besar Kota Kinabalu
Mangsa itu dipercayai kurang siuman sedang dijejaki polis bagi membantu siasatan berhubung insiden berkenaan.
Memetik laporan Harian Metro, ketua polis daerah Kota Kinabalu, ACP M Chandra berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 3 petang Jumaat lalu di hadapan bangunan KK Plaza di Kota Kinabalu.
org awam belasah pencuri di sabah
Kantoi curi dlm KK Plaza, sabah.. pencuri cuba lari diri, dan lawan org tempatan yg nak tangkap dgn gunting, last2 kena balun teruk oleh org tempatan..
Posted by Bro Cuba on 29hb Julai 2017
Difahamkan, mangsa terbabit dibelasah oleh beberapa lelaki sehingga mengalami cedera di kepala akibat dipukul menggunakan kayu dan batang besi sebelum melarikan diri.
“Mangsa pergi ke Pasar Besar Kota Kinabalu dan dikatakan cuba mengambil sebuah telefon milik pekerja di situ menyebabkan dia dikejar oleh pekerja sebelum didakwa cuba melawan serta mengacukan gunting.”
Tambah ACP M Chandra, laporan polis sudah diterima dan siasatan masih diteruskan. Orang awam dinasihat agar tidak bertindak di luar batas dan mematuhi undang-undang, tegas ketua polis daerah Kota Kinabalu itu.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar