Hanya kerana menyatakan rasa tidak terkejut dengan keratan akhbar tersebut..Post FB isteri saya Nova Adila Erizal ditampal sebegini di tempat punch card pagi tadi.
Isteri saya kata dia ok je..dia masih kerja dan masuk kelas seperti biasa.Kegigihan tukang screenshot, print dan laminate ini memang dikagumi. Gigih.
Akibat Lantang Di Media Sosial , Guru Wanita Ini ‘Dimalukan’ Pegawai Atasan Di Tempat Kerja
Akibat Lantang Di Media Sosial , Guru Wanita Ini ‘Dimalukan’ Pegawai Atasan Di Tempat Kerja
Cuma rasanya kita ada etika yang lebih baik; cara sebegini yang hanya menakut-nakutkan para pensyarah dan staf.Ini ‘scare tactics’ namanya..orang jadi takut nak bersuara lepas ni.
Dan hakikatnya ini berlaku di sebuah organisasi pendidikan,..Semoga semuanya baik-baik saja.
Di bawah adalah post asal dalam laman FB milik isterinya.
KEMASKINI
Sedikit update, alhamdulillah post isteri saya Nova Adila Erizal di wall punch card sebelum ini akhirnya telah ditanggalkan setelah 2 hari.
Tak mahu cerita panjang, bukan semua perkara sesuai dikongsi di sini..nanti kena tampal lagi karang
Saya sebenarnya takdela nak masuk campur hal ini;
isteri saya tak cerita langsung dari pagi tu, sampailah pukul 5:30 petang tu saya jemput dia di kolej..
Isteri belum punch card lagi, dia ajak saya teman. Dan..siapa tak sayang isteri bro..
Maka saya pun ambil gambar ‘kenangan’ di sana.Bila post tersebut dah viral, saya dan isteri menerima banyak pm dan komen – yang berkongsi pernah mengalami situasi yang hampir sama.
Sedih tapi pelik. Perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku di mana-mana pun.
Semoga budaya kerja kita sentiasa sihat dan ceria, dan semoga semua orang seronok pergi kerja.
Doakan yang baik-baik saja semuanya..Terima kasih atas keprihatinan dan doa semua 🙂 –
sumber :Mohd Shirazi
www.kakishare.my
Tidak ada komentar:
Posting Komentar