Sepang: Selepas kejayaan muncul juara remaja Asia, Leong Jun Hao enggan lagi menoleh ke belakang sebaliknya bertekad untuk menjadi seperti idolanya, Datuk Lee Chong Wei.
Walaupun sedar dengan cabaran yang akan dihadapi dalam usaha menjadi pemain bertaraf dunia, namun Jun Hao sentiasa menjadikan Chong Wei sebagai motivasi buat dirinya untuk terus berjaya.
“Saya kagum dengan semangat Chong Wei, setiap hari saya melihat dia menjalani latihan. Apa yang dilakukannya sangat luar biasa, jika dia boleh mengapa saya tidak.
“Saya cuma perlu terus bekerja keras kerana perjalanan saya masih jauh. Chong Wei idola saya dan saya mahu mengikut jejak langkahnya,” kata Jun Hao ketika ditemui sebaik tiba dari Jakarta di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.
Jun Hao melakar kejutan apabila muncul juara remaja lelaki Asia selepas menewaskan pemain China, Bai Yupeng 21-6, 20-22, 21-17 sekali gus menamatkan kemarau empat tahun kejuaraan itu sejak Soo Teck Zhi menjadi pemain terakhir Malaysia menjuarainya pada 2013 di Kota Kinabalu.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar