PRESIDEN Amerika Syarikat, Donald Trump memecat Pengarah Komunikasi Rumah Putih, Anthony Scaramucci selepas 10 hari memegang jawatan itu.
Bekas pembiaya Wall Street itu dikecam selepas mengeluarkan kenyataan berbaur lucah kepada Ketua Turus Staf pada ketika itu, Reince Priebus.
Priebus dan jurucakap Sean Spicer meletak jawatan masing-masing selepas terbongkarnya wujud perbalahan dalaman.
Keputusan itu dibuat pada hari pertama Ketua Turus Staf baharu, John Kelly, memulakan tugasnya dan bertekad melaksanakan arahan serta disiplin ke atas kakitangan Rumah Putih yang berpuak-puak dan suka mengumpat.
Trump turut dilaporkan kecewa dengan prestasi Scaramucci.
Jurucakap Trump, Sarah Sanders berkata presiden merasakan komen Scaramucci kepada pemberita adalah tidak sesuai dikeluarkan dengan jawatan yang dipegangnya. – mStar Online
Loading...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar