Senin, 31 Juli 2017

Persiapan perkahwinan dah siap 80%, tetapi tunang putuskan kerana bekas kekasih mahu balik semula, lelaki mirip Fattah Amin cari wanita ganti bekas tunang

Gara-gara putus tunang, seorang pemuda tidak mahu memori lalu terus menghantuinya apabila berhasrat segera mencari pengganti untuk meneruskan majlis pernikahan yang sepatutnya berlangsung bulan depan.

Lelaki yang hanya dikenali sebagai Adib,  telah berkongsi tentang hasrat hatinya itu kepada pengendali laman Facebook Viral D Viral untuk menghebahkan perkara itu.

Memiliki wajah mirip pelakon, Fattah Amin, pemuda berusia 30 tahun ini mendakwa kecewa kerana sudah membuat persiapan sebanyak 80 peratus, termasuk menyimpan wang secukupnya untuk mengadakan majlis bagi meraikan hari bahagianya.

“Saya baru putus tunang dua bulan lepas, tak pasti kenapa, tapi wakil pihak perempuan pulangkan cincin.

“Ikutkan bulan depan kami kahwin. Dengar khabar daripada kawan baik dia, bekas kekasih dia yang dulu hilang, sekarang minta sambung dan rancang untuk kahwin,” katanya yang memiliki darah campuran negara seberang.

Usahawan muda itu turut berterus-terang tentang pendapatannya sebanyak RM5,000 sebulan.

Selain itu, Adib juga mendedahkan bahawa dirinya tidak merokok atau berjoli serta bukan seorang pemabuk.

Lelaki yang berasal dari Negeri Sembilan itu turut menawarkan wang hantaran sebanyak RM15,000 kepada gadis yang bertuah berbanding nilai asal hanyalah RM10,000.

Malahan sepatutnya Adib bakal menghadiahkan pakej bulan madu ke Korea yang dirahsiakan daripada bekas tunangnya seandainya mereka diijabkabul seperti dirancang.

“Siapa sudi tolong tag nama dia atau kalau ada kawan korang yang solo, tolong tag nama dia dekat komen post Viral D Viral ini.

“Saya akan PM (hantar pesanan peribadi) satu-satu yang saya rasa ok. Kita bercinta lepas kahwin! Sebab majlis tetap akan diteruskan,” ujarnya.

Setakat ini, entri tersebut sudah menerima 17,000 komen, 14,000 tanda suka dan 3,456 perkongsian.

Sumber: MStar

Loading...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar