Senin, 31 Juli 2017

Ponteng Sekolah Dan Beranikan Diri “Bersama” Kekasih. Kisah TERLANJUR Remaja Ini MENGEJUTKAN Ramai !!!

Loading...

| Sewaktu umur 14 tahun saya sudah mula bercinta. Curi-curi untuk keluar rumah untuk berjumpa dengan kekasih. Setelah diketahui oleh abang kandung atas perbuatan saya, saya dipukul disepak, hati remaja saya memberontak. Makin dilarang, makin saya dendam. Saya keluar juga bertemu kekasih pada waktu sekolah. Saya kerap ponteng sekolah semata-mata mahu berjumpa kekasih.

Gambar Sekadar Hiasan: Sumber Google Images

Sehinggalah saya beranikan diri ke atas katil bersama kekasih. Saya lakukan perbuatan itu sehinggalah saya berumur 16, berada ditingkatan 4, berapa kali berzina sudah tidak terkira.

Allah…

Semasa di tingkatan 4. pada pertengahan tahun badan saya mula berubah. Jiran-jiran, kawan-kawan dan saudara mara semua menegur dengan rupa bentuk fizikal badan yang berisi.

Saya sembunyikan kandungan sehingga 6 bulan. Akhirnya satu malam mama saya memangil masuk ke dalam bilik dengan wajah yang penuh dengan linangan air mata. Mama bertanyakan saya, adakah saya mengandung…

Berkali-kali dipaksa namun esak tangisan saja yang kedengaran. Hampir 1 jam, baru saya mula buka mulut untuk mengakui yang saya mengandung…

Hancur luluh hati mama.

Di pagi hari keesokan nya, saya bersiap untuk ke sekolah seperti biasa, perut saya masih terlindung dengan baju kurung yang besar.

Sewaktu hendak keluar rumah mama telah pun menunggu di depan pintu. Baru saya tahu yang mama semalaman berjaga kerana takut saya melarikan diri.

Mama telah mengunci pintu pagar kerana melarang saya pergi ke sekolah .

Mama telah berjumpa dengan guru kelas dan berbincang untuk memberhentikan saya dari meneruskan persekolahan dengan alasan mahu berpindah ke kampung untuk menemai nenek yang uzur.

Selepas saya diberhentikan sekolah, mama mencari tempat perlindungan. Perut saya semakin kelihatan. Sementara mama mencari tempat perlindungan , saya diletakkan di rumah makcik selama seminggu.

Akhirnya mama jumpa rumah perlindungan Seri Raudhah. Semua ahli keluarga pandang hina kepada saya.

Sang lelaki bersuka ria disaat saya kesedihan menanggung beban diatas perbuatan bersama. Keseronokan yang dinikmati cuma sementara. Kedegilan saya dahulu telah membawa padah untuk diri sendiri menanggungnya.

Setelah 2 bulan berada di Seri Raudhah saya selamat melahirkan seorang puteri. Saya beri nama Nur Ain Faseehah.

Saat diberi tahu anak yang baru dilahirkan akan diserah kepada keluarga angkat, saya merasa hidup saya sudah mati.

2 minggu tidur bersama, menjaga siang malam, menyusukan, dan akhirnya anak saya diserahkan kepada keluarga angkat.

Hati saya sedih bercampur marah . Saya persoalkan mengapa mama tak nak ambil cucunya. Kenapa saya tidak ada hak ke atas anak yang saya lahirkan. Kenapa Seri Raudhah sanggup memisahkan seorang anak dengan ibu.

Sewaktu penyerahan anak, saya tiada bersama. Sedih sangat. Saya tidak diperkenalkan kepada keluarga angkat, hanya mama saja yang bertemu mereka.

Selepas beberapa bulan saya di Seri Raudhah pelbagai ilmu agama telah dipelajari. Sehingga saya dilantik menjadi naqibah dalam kumpulan tadarus.

Saya pernah merasa hari raya tidak dapat bersama keluarga. Sedih, tapi saya tahu Allah sentiasa ada, hati merasa tenang.

Selepas keluar dari Seri Raudhah saya langsung tidak mengetahui khabar berita tentang anak saya.

Hanya doa yang saban hari saya titipkan semoga Nur Ain Faseehah sihat dan sentiasa rindu untuk bertemu mama kandungnya.

Pesanan kepada keluarga angkat di luar sana, janganlah zalim memisahkan anak dengan ibu kandung,langsung tidak membuka ruang untuk mempertemukan anak dengan ibu kandungnya. Janganlah terlalu tamak kasih sayang, anak itu cuma pinjaman, bila bila pun Allah boleh ambil semula.

Sumber;- Muna liza binti Ismail

Loading...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar