Senin, 31 Juli 2017

Murid cari burung di bumbung sekolah parah lepas terjatuh

KUANTAN: Seorang murid Tahun Enam yang dipercayai memanjat bumbung untuk mencari burung cedera parah selepas terjatuh daripada tingkat empat bangunan sebuah sekolah rendah di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh, berkata dalam kejadian jam 3.30 petang itu, murid lelaki berusia 12 tahun berkenaan dikatakan bersama empat lagi rakannya memanjat bumbung sekolah itu untuk mencari dan menangkap burung.

Murid cari burung di bumbung sekolah parah lepas terjatuh

Murid cari burung di bumbung sekolah parah lepas terjatuh

Murid Tahun Enam cedera parah selepas tergelincir sebelum terjatuh dari tingkat empat bangunan sekolah di Kuantan ketika bersama empat lagi rakannya cuba memanjat bumbung sekolah untuk mencari burung. – Foto ihsan Pembaca

“Bagaimanapun ketika mencari burung mangsa dipercayai tergelincir sebelum jatuh ke bahagian siling bangunan tingkat empat sebelum terjatuh ke tanah,” katanya ketika dihubungi.

Abdul Aziz berkata, mangsa kini dirawat di Hospital Kemaman kerana mengalami pendarahan pada bahagian dalam kepala akibat terjatuh dari ketinggian kira-kira 30 meter.

Katanya, pihaknya masih lagi menjalankan siasatan termasuk mengambil keterangan rakan mangsa dan kakitangan sekolah itu.

Sumber: Bharian

Loading...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar