Kuala Terengganu: Walaupun baru dua tahun penubuhannya, Team Fisabilillah TRG (FISABILILLAH) yang majoritinya terdiri daripada golongan muda banyak menjalankan program kemasyarakatan bagi memastikan insan memerlukan di negeri ini menerima bantuan dan sumbangan yang sewajarnya.
Bermula dengan mendekati gelandangan di sekitar bandar raya pada 2015 kini FISABILILLAH sudah menjalankan lebih 50 program kemasyarakatan termasuk baik pulih surau di Jalan Banggol, Program Kembali ke Sekolah Anak Yatim, Program Menjenguk Penduduk Miskin Daerah Kuala Terengganu selain dua Program Sumbangan Baju Raya Anak Yatim dan Fakir Miskin pada Ramadan baru-baru ini.
Pengerusinya, Masri Azwan Mohamed berkata, penubuhan FISABILILLAH tidak dirancang dan ia bermula selepas dia bersama tiga sahabatnya menganjurkan program mendekati golongan itu di sekitar bandar raya.
“Bermula daripada program itu, kami mulai sedar mengenai kepentingan mewujudkan satu kumpulan untuk memperjuangkan nasib golongan yang tidak bernasib baik supaya tidak terlepas pandang.
“Pada peringkat permulaan 10 ahli saja yang terbabit sebelum penyertaan golongan muda semakin bertambah dari semasa ke semasa berikutan kesungguhan kami menganjurkan pelbagai program kemasyarakatan di daerah ini, selain menjadi tular di laman sosial.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar