Senin, 31 Juli 2017

Budak Kena Ilmu Hitam Akhirnya Maut

KANAK-kanak perempuan berusia tiga tahun yang menjadi mangsa ilmu hitam oleh majikan ibunya, telah meninggal dunia selepas doktor gagal mengeluarkan beberapa batang jarum yang dicucuk ke dalam badannya.

Kanak-kanak malang itu juga mengalami pelbagai kecederaan dalaman dan turut mengalami serangan seksual.

Dia dibawa ke hospital di Kolkata, India pada 15 Julai lalu dan selepas pemeriksaan dijalankan, doktor menemui tujuh jarum di dalam badannya termasuk beberapa batang yang dicucuk menerusi alat sulitnya.

“Jarum itu tidak boleh dikeluarkan kerana ia akan mengakibatkan kerosakan yang lebih teruk kepada badannya,’’ kata doktor.

Penderaan itu terbongkar selepas ibunya membawa kanak-kanak terbabit ke hospital kerana menyangka anaknya demam.

Susulan itu, polis kini sedang mengesan lelaki kejam itu, Sanatan Thakur, yang berusia dalam pertengahan tahun yang mengamalkan ilmu hitam.

Dia telah melarikan diri. – MYNEWSHUB.CC

SEKADAR VIDEO HIASAN:

Loading...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar