SETIAP hari kita pasti akan dengar berita tentang rogol. Perbuatan kejam ini diibaratkan seperti ‘benda biasa’ yang mana akan terjadi setia hari.
Boleh dikatakan bahawa kegiatan rogol ini ada juga yang berkaitan dengan aplikasi WeChat. Banyak kes rogol yang terjadi kepada remaja akibat baru berkenalan di WeChat.
Itu lah yang telah terjadi kepada seorang remaja dekat Manggatal, Kota Kinabalu.
Pihak polis telah berjaya memberkas seramai lima orang remaja lelaki berusia dalam lingkungan 13 hingga 18 tahun kerana telah merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dekat sini.
Kejadian itu berlaku pada jam 3 petang, iaitu selepas mangsa mengikuti lima orang lelaki yang baru dikenalinya melalui aplikasi WeChat tiga minggu yang lalu.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra berkata bawaha siasatan awal telah dilakukan berikutan laporan yang diterima daripada mangsa sendiri.
“Siasatan mendapati mangsa mulanya menemui lima suspek di sebuah taman di Manggatal sebelum suspek terbabit mempelawa mangsa ke sebuah bangunan usang di sekitar Manggatal.”
“Mangsa mendakwa dipaksa mengikut suspek ke bangunan usang dengan berjalan dan ketika dalam perjalanan mangsa cuba melarikan diri, namun suspek menghalangnya dan berjanji untuk menghantar mangsa pulang ke rumah,” katanya semalam dipetik daripada sebuah akhbat tempatan.
Menurut laporan, mereka dikatakan telah bertemu di sebuah taman dekat Manggatal sebelum suspek mengajak mangsa untuk ke sebuah bangunan usang dekat sekitar Manggatal.
Pada mulanya mangsa dipaksa untuk mengikut mereka dengan berjalan kaki. Oleh sebab itulah mangsa telah cuba untuk melarikan diri. Tapi sebabkan telah dihalang oleh suspek dan diberikan ayat manis yang berjanji akan menghantar mangsa pulang kerumah, dia ikutkan saja.
Setelah tiba di bangunan usang itu, mangsa telah dipaksa baring di lantai dan mereka berbual kosong.
‘Lauk’ sudah dekat depan mata, kelima-lima manusia bertopengkan syaitan itu telah bergilir-gilir merogol mangsa setelah ‘membuang masa’ bebrual pada mulanya.
“Hasil maklumat orang awam dan risikan polis, kelima-lima suspek berjaya diberkas polis dalam tempoh tidak sampai 24 jam selepas mangsa membuat laporan polis.
“Semua suspek berusia 13 hingga 18 tahun direman untuk siasatan lanjut selama tujuh hari bermula Jumaat lalu sehingga 3 Ogos depan. Kes disiasat mengikut Seksyen 375 (B) Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol secara berkumpulan. ,” kata Chandra lagi.
Oleh itu, para ibu bapa dinasihati agar sentiasa mengawal pergerakan anak-anak dan sentiasa peka tentang aktiviti harian mereka agar perkara seperti ini tidak berlaku.-MYNEWSHUB.CC / Ainaa Hafizah
Loading...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar