Senin, 31 Juli 2017

Pelakon Black Hawk Down, Sam Shepherd Meninggal Dunia

Pelakon, pengarah dan penerbit drama, Sam Shepard meninggal dunia berusia 73 tahun.

Menurut Mail Online, bintang Hollywood itu meninggal dunia dengan aman di rumahnya di Kentucky dikelilingi anak-anak dan kakaknya pada Ahad selepas pertarungan panjang dengan penyakit Lou Gehrig.

Shepard pernah menerima anugerah Pulitzer untuk Drama pada 1979 bagi Buried Child.

Dia juga pernah dicalonkan untuk Academy Award untuk aktor pembantu terbaik pada 1983.

Filem-filem terkemuka yang pernah dibintangi oleh Shepherd termasuklah Black Hawk Down, The Notebook, Swordfish dan lain-lain.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar