Senin, 31 Juli 2017

"Tidak Terkira Entah Berapa Kali Saya Lakukan Perbuatan Terkutuk Itu Sehingga Tingkatan 4 Saya Disahkan Mengandung.."


Kita sering mendengar berbagai kisah yang melibatkan remaja sekolah yang rosak akhlaknya akibat kedegilan sendiri, malah selepas mereka terlanjur dengan perbuatan terkutuk itu, bayi yang dikandung dan tidak berdosa itu dibuang begitu sahaja tanpa rasa bersalah.

Namun, mungkin ramai yang tidak pernah tahu tentang remaja-remaja yang didapati telah terlanjur sehingga melahirkan anak mempunyai keinginan untuk membesarkan serta menjaganya sendiri sangat jarang ditemui.

Perkongsian yang amat menyentuh hati dari laman Facebook Baitus Solehah telah menceritakan segala-galanya yang mungkin dapat memberikan pengajaran dan teladan kepada remaja yang menghadapi masalah yang sama.

"Sewaktu umur 14 tahun saya sudah mula bercinta. Curi-curi untuk keluar rumah untuk berjumpa dengan kekasih.

Setelah diketahui oleh abang kandung atas perbuatan saya, saya dipukul disepak, hati remaja saya memberontak. Makin dilarang, makin saya dendam."

Gadis ini yang masih bersekolah tetap berdegil ingin meneruskan cintanya biar pun telah dihalang oleh abang sendiri dan sanggup ponteng sekolah hanya semata-mata ingin berjumpa kekasihnya, malah dia begitu berani bersama kekasih hatinya di atas katil.

Pada usia 16 tahun sewaktu di tingkatan 4, dia mengaku telah melakukan perbuatan terkutuk itu sehinggakan tidak terkira banyaknya. Akibat perbuatan itu badan gadis comel ini mengalami perubahan sehinggakan ditegur oleh jiran-jiran, saudara mara dan kawan-kawannya apabila bentuk badannya kelihatan semakin berisi.

"Saya sembunyikan kandungan sehingga 6 bulan. Akhirnya satu malam mama saya memanggil masuk ke dalam bilik dengan wajah yang penuh dengan linangan air mata. Mama bertanyakan saya, adakah saya mengandung..."

Setelah beberapa kali dipaksa mengakui perbuatannya, gadis itu terus menangis dan menangis. Akhirnya setelah hampir satu jam lamanya, dia membuka mulut dan memberitahu pada ibunya bahawa dia sedang mengandung.

"Hancur luluh hati mama. Di pagi hari keesokannya, saya bersiap untuk ke sekolah seperti biasa, perut saya masih terlindung dengan baju kurung yang besar. Sewaktu hendak keluar rumah mama telah pun menunggu di depan pintu.

Baru saya tahu yang mama semalaman berjaga kerana takut saya melarikan diri. Mama telah mengunci pintu pagar kerana melarang saya pergi ke sekolah.."

Selepas ibunya menyedari dia mengandung, ibunya telah pergi ke sekolah berjumpa dengan guru kelasnya dan berbincang untuk memberhentikan gadis itu dari meneruskan persekolahannya dengan alasan mahu berpindah ke kampung untuk menemani neneknya yang uzur.

Selepas gadis itu diberhentikan sekolah, ibunya telah mencari tempat perlindungan untuknya memandangkan perutnya semakin kelihatan dan membesar.

Gadis itu diletakkan di rumah makcik saudaranya selama seminggu sementara ibunya mencari tempat perlindungan.

"Akhirnya mama jumpa rumah perlindungan Seri Raudhah. Semua ahli keluarga pandang hina kepada saya.

Sang lelaki bersuka ria di saat saya kesedihan menanggung beban di atas perbuatan bersama. Keseronokkan yang dinikmati cuma sementara. Kedegilan saya dahulu telah membawa padah untuk diri sendiri menanggungnya.."


Setelah selama 2 bulan gadis itu berada di Seri Raudhah dia akhirnya telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang diberikan nama Nur Ain Faseehah.

"Saat saya diberitahu anak yang baru dilahirkan akan diserah kepada keluarga angkat, saya merasa hidup saya sudah mati.
2 minggu tidur bersama, menjaga siang malam, menyusukan, dan akhirnya anak saya diserahkan kepada keluarga angkat.."

"Hati saya sedih bercampur marah . Saya persoalkan mengapa mama tak nak ambil cucunya. Kenapa saya tidak ada hak ke atas anak yang saya lahirkan. Kenapa Seri Raudhah sanggup memisahkan seorang anak dengan ibu.."

"Sewaktu penyerahan anak, saya tiada bersama. Sedih sangat. Saya tidak diperkenalkan kepada keluarga angkat, hanya mama saja yang bertemu mereka.."

"Selepas beberapa bulan saya di Seri Raudhah pelbagai ilmu agama telah dipelajari. Sehingga saya dilantik menjadi naqibah dalam kumpulan tadarus."

"Saya pernah merasa hari raya tidak dapat bersama keluarga. Sedih, tapi saya tahu Allah sentiasa ada, hati merasa tenang.
Selepas keluar dari Seri Raudhah saya langsung tidak mengetahui khabar berita tentang anak saya."


"Hanya doa yang saban hari saya titipkan semoga Nur Ain Faseehah sihat dan sentiasa rindu untuk bertemu mama kandungnya.."

"Pesanan kepada keluarga angkat di luar sana, janganlah zalim memisahkan anak dengan ibu kandung,langsung tidak membuka ruang untuk mempertemukan anak dengan ibu kandungnya. Janganlah terlalu tamak kasih sayang, anak itu cuma pinjaman, bila-bila pun Allah boleh ambil semula.."

Kepada semua remaja, berfikir terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu adalah langkah yang bijak untuk menentukan masa depan sendiri, sambil memikirkan akibatnya adalah salah satu cara untuk menghindari diri dari melakukan sesuatu yang dilarang. - www.koleksiviral.com

Tidak ada komentar:

Posting Komentar