Macam-macam cara dilakukan untuk kelihatan cantik…Yang terbaru, ialah mencipta lesung pipi palsu!Sedang tular di negara Thailand, trend menindik pipi ini semakin menjadi kegilaan remaja di sana.
Mereka sanggup melubangkan pipi hanya untuk kelihatan lebih ‘sweet’ tanpa memikirkan kesan sampingannya!
Menerusi video yang dikongsi di akaun media sosial Facebook Cindy Liang, dia memberitahu kebanyakan remaja di Thailand yang menindik pipi mereka turut menambah ‘aksesori’ seperti berlian dan perak untuk kelihatan lebih menawan.
Proses untuk menghasilkan lesung pipi palsu:1) Kumur mulut dengan pencuci mulut untuk singkir bakteria
2) Pipi akan dibius untuk kurangkan sakit semasa bertindik
3) Proses menindik dimulakan
4) Sila tunggu dua hingga lapan bulan untuk lubang tindik sembuh sepenuhnya.
5) Adalah penting untuk anda berpantang sepanjang proses ini dan menjaga kesihatan dalam mulut.
Jadi, tepuk dada tanya selera! Agak-agaknya trend ini akan masuk ke negara kita tak?
Tidak ada komentar:
Posting Komentar