Senin, 31 Juli 2017

Bekas CEO FIC ditahan SPRM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Felda Investment Corporation (FIC) hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes pembelian hotel di London.

Penahanan beliau di ibu pejabat SPRM pada 9.20 malam itu disahkan oleh Pengarah Siasatan SPRM Datuk Simi Abd Ghani.

Lelaki itu sebelum itu hadir ke ibu pejabat SPRM di sini sejak 9.30 pagi untuk memberi keterangan berkaitan kes berkenaan.

Simi berkata berkata SPRM akan membuat permohonan reman terhadap lelaki berkenaan di Mahkamah Majistret Putrajaya esok.

--BERNAMA

Tidak ada komentar:

Posting Komentar