KUNAK, SABAH - Video seorang pelajar perempaun di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di Kunak di belasah sekumpulan pelajar perempuan, viral di media sosial sejak semalam, lapor Harian Metro.
Video berdurasi 1 minit 38 saat itu menunjukkan mangsa ditumbuk sebelum beberapa pelajar perempuan yang lain turut campur tangan membelasah mangsa.
Mangsa yang tidak terdaya hanya mampu melindungi kepalanya dengan tangan sebelum terjatuh lalu disepak, dipijak dan ditumbuk bertubi-tubi.
Perakam kemudian meminta kumpulan itu berhenti memukul mangsa dan kedengaran mangsa juga merayu agar masalah di antara mereka diselesaikan secara baik. Malangnya rayuannya tidak diendahkan menyebabkan dia ditampar dan ditumbuk buat kali kedua.
Susulan kejadian itu, ibu mangsa membuat laporan polis sehari selepas kejadian itu berlaku.
Ketua Polis Daerah Superintendan Mohd NAsaruddin M Nasir, mengesahkan pihaknya menerima laporan tersebut dan telah memanggil 10 pelajar serta ibu bapa dan guru sekolah berkenaan untuk diambil keterangan.
Siasatan awal polis mendapati, kejadian itu berlaku pada Sabtu lalu di padang sekolah tersebut.
Sementara itu, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kunak, Abu Samah A Bakar berkata, pihaknya memandang serius kejadian itu dan sudah mengarahkan pegawainya membuat siasatan serta akan mengambil tindakan selanjutnya.
"Pihak polis juga telah dimaklumkan dan siasatan masih dijalankan. Pihak Pejabat Pendidikan Daerah Kunak (PPD) tiada masalah untuk membantu siasatan.
"Memandangkan kejadian itu berlaku di luar kawasan dan di luar waktu persekolahan, kami akan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan prosedur operasi standard dan garis panduan sedia ada," katanya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar