Minggu, 30 Juli 2017

(VIDEO) Sekumpulan Pelajar Perempuan Membelasah Rakannya Dengan Kejam, Polis Akan Ambil Tindakan Segera


Satu rakaman video pelajar perempuan dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), Kunak, Sabah, yang telah dibelasah oleh sekumpulan pelajar jadi tular dan dikecam netizen di media sosial sejak malam semalam.

Rakaman video yang berdurasi 1 minit 39 saat itu memaparkan seorang mangsa pelajar perempuan yang bertudung telah ditumbuk tanpa belas kasihan sebelum beberapa orang lagi pelajar lain turut campur tangan malah turut menumbuk serta menendang mangsa tanpa henti.

Gambar yang dipercayai kumpulan pelajar berkenaan yang tersebar di media sosial.
Mangsa juga dilihat cuba mengelak serangan pelajar-pelajar terbabit namun mangsa terus dibelasah sehingga terjatuh ke tanah sebelum ditumbuk dan turut dipijak tanpa belas kasihan.

Mangsa juga kelihatan turut merayu supaya dirinya dilepaskan dan meminta agar menyelesaikan pergaduhan itu secara baik namun rayuannya itu langsung tidak dipedulikan malahan mangsa terus dipukul.


Menurut Ketua Polis Daerah Kunak Superintendan Mohd Nasaruddin M Nasir ketika dihubungi oleh Harian Metro turut mengesahkan bahawa kejadian itu benar-benar berlaku malah pihaknya  telah menerima laporan mengenai kejadian itu dan siasatan masih dijalankan. - www.koleksiviral.com

Tidak ada komentar:

Posting Komentar