Sebelum kematiannya, Michael Jackson merupakan seorang lagenda artis yang sangat popular diseluruh dunia. Selain popular dengan lagu-lagunya dan teknik berjalan moonwalk, beliau juga popular dengan trik berdiri pada kecondongan 45 darjah.
Jika anda tidak jelas apa yang kami maksudnya, sila lihat gambar di bawah.
Dari segi sains, apa yang dilakukan oleh Michael Jackson dan pasukannya adalah sesuatu yang unik kerana melanggar hukum graviti.
Dalam keadaan tersebut, adalah mustahil untuk mengimbangi badan berdasarkan kedudukan center of graviti. Bagi sesetengah peminat, mereka mungkin beranggapan Michael Jackson berkemampuan melakukannya kerana saiz badannya yang kurus dan beliau mungkin telah menghabiskan banyak masa untuk melakukannya.
Salah!
Pada tahun 1993, Michael Jackson telah memohon paten untuk kasut yang direka khas untuk membuat trik tersebut. Kasut yang dipatenkan untuk mempunyai rekabentuk khas terutamanya pada bahagian tumitnya.
Ketika membuat persembahan, bahagian inilah yang akan melekat pada “paku” yang terdapat pada lantai persembahannya. Rekabentuk khas ini membolehkan beliau berdiri kukuh dengan kecondongan 45 darjah.
Kredit: Mashable.com
Via: Iluminasi
Tidak ada komentar:
Posting Komentar