Untuk itu, beliau yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri mengarahkan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim untuk mewujudkan Sistem Pemantauan Berpusat dalam tempoh sebulan.
"Saya juga minta MRCB untuk meningkatkan jumlah polis bantuan di KL Sentral dalam tempoh sebulan daripada tarikh lawatan saya hari ini bagi memantapkan kesiapsiagaan bagi jangka masa pendek menjelang temasya KL 2017.
"Bagi jangka masa sederhana, Sistem Pemantauan Berpusat yang bersifat menyeluruh akan menyelaraskan tugas polis bantuan dengan bantuan teknologi kamera litar tertutup CCTV berdefinisi tinggi dan keupayaan pengesan wajah," katanya dalam sidang media selepas Lawatan Kerja Kaedah Pengoperasian CCTV dan Keselamatan di KL Sentral pada Isnin.
Tambahnya, sistem pemantauan tersebut akan diintegrasikan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mempercepatkan tindakan tanpa perlu melalui peringkat-peringkat komunikasi.
"Sistem tersebut juga dapat digunakan untuk mengesan dan mencegah sebarang aktiviti jenayah termasuk ancaman mana-mana kumpulan radikal, ekstremis atau serangan pengganas di negara ini," katanya lagi.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar