Senin, 31 Juli 2017

Baru Amal 3 Hari Berat Badan Suami Dah Turun Hampir 3 KG. Jom Cuba Amalkan..

Walau kata orang tiada jalan singkat untuk kurus tapi perkongsian dari Fatin Erma Idayu Hashim memberi kita harapan ia sebenarnya ada. Menurut Fatin yang berkongsi petua ini dalam satu page masakan di Facebook baru-baru, suaminya baru mengamalkan air ini selama tiga hari. 

Tapi menariknya berat badannya turun dengan pantas dari 88 kg ke 85.5kg. Beliau telah menyediakan air minuman yang diolah dengan enam bahan mudah yang sentiasa ada di dapur. Berikut adalah petua perkongsian beliau Fatin. Selamat Mencuba. 

Bahan-bahan:
  • 7 biji bunga cengkih 
  • 1 batang kulit kayu manis 
  • 3 hiris halia (jangan hiris besar, untuk elak pedas) 
  • 2 batang serai 
  • 1 sudu madu 
  • 1 hiris lemon (atau ikut cita rasa) 
  • 1 liter air 

Cara membuat: 

1. Bersihkan bahan kemudian rebus semuanya dalam periuk selama 15-20 minit.

2. Tutup api dan sedia untuk diminum. Tapi sebelum minum campur dengan air masak agar jadi suam.

3. Simpan baki air dalam peti sejuk dan minum keesokan harinya pula.

Tip Amalkan minum air ini sebelum sarapan dan sebelum tidur. Boleh diamalkan suami isteri yang sama-sama mahu menguruskan badan.

Sumber: Puan Fatin Erma Idayu Hashim, 


Tidak ada komentar:

Posting Komentar