Senin, 31 Juli 2017

Bakal Bertemu Bakal Mertua? Ini 10 Cara Mendapatkan Kesan Positif Dalam Pertemuan Kali Pertama


Belum pernah bertemu bakal mertua? Mungkin di hujung minggu waktu yang sesuai untuk berkenalan dengan keluarga kekasih Anda. Manfaatkan saat tersebut dengan sebaik-baiknya. Beri kesan yang baik mulai saat memperkenalkan diri. Tentunya waktu itu  akan terasa sangat menegangkan, tapi pasti segalanya akan okey sahaja jika anda telah bersedia dari  segala perkara dari hal baju yang sesuai dipakai, cara berkomunikasi, hingga cara berhadapan dengan bakal mertua. Yang penting adalah anda tenang dan jadi diri sendiri. Baca  tips di bawah ini bagi membantu Anda menghadapi bakal mertua untuk kali yang pertama.

1. Selitkan Pujian.
Ketika bertemu bakal ibu mertua, jangan lupa untuk selitkan pujian saat bergurau. Misalnya berikan pujian terhadap makanan yang dihidangkan pada hari itu. Tentunya calon ibu mertua akan merasa gembira kerana itu menunjukkan bahawa Anda mengambil peduli dan menghormatinya.


2. Tunjukkan yang anda tertarik dengan  kehidupan keluarga kekasih Anda.
Jangan takut untuk bertanya tentang kehidupan bakal mertua, tapi jangan terlalu dalam hingga menyentuh isu peribadi. Dengan cara begitu Anda akan lebih memahami calon keluarga nanti.

3. Tidak Segan Mendekatkan Diri.
Jangan ragu untuk turut serta dalam kegiatan keluarganya. Suatu ketika nanti Anda juga akan menjadi sebahagian dari keluarga tersebut, jadi lebih baik mula membiasakan diri untuk turut serta dengan aktiviti keluarganya.



4. Hormati Tempat Tinggal Keluarga Si Dia.
 Ikuti peraturan yang ada dan jaga tingkahlaku selama berada dalam rumah itu. Misalnya jangan sekali-kali mencuci pinggan setelah makan kecuali diminta untuk membantu. Mungkin niat Anda baik, tapi boleh jadi Anda dianggap sudah melanggar 'teritori' rumah tangga bakal ibu mertua. Kekalkan bersikap sebagai tetamu yang menghormati tuan rumahnya.

5. Berpakaian Sopan. 
Hindari memakai mini dress atau pakaian yang menonjolkan bahagian atas badan . Sesuaikan pakaian Anda dan jangan lupa sedikit berdandan agar kelihatan menarik.

6. Kekalkan Perbualan Yang Baik.
Usahakan untuk mengekalkan perbualan yang sesuai dengan keluarga pasangan. Ceritakan tentang asal usul Anda dan apa saja yang selama ini telah diceritakan oleh si dia. Ini waktu yang sesuai untuk menunjukkan siapa diri Anda, potensi diri dan mengapa kekasih anda boleh jatuh cinta.


7. Bawa Hadiah atau buah tangan.
 Tidak perlu berupa barang yang mahal. Yang pentng adalah buah tangan itu menunjukkan Anda mengambil berat. Membawa kuih atau puding yang Anda buat sendiri sudah cukup untuk membuat seisi rumah merasa dihargai.

 8. Bertanya Mengenai Keluarga Si Dia Sebelum Berjumpa.
Jangan lupa untuk bertanya kepada si dia mengenai keluarganya. Jangan sampai Anda tidak tahu apa-apa ketika sudah masuk ke dalam rumah. Sekiranya sudah tahu sedikit, akan lebih mudah untuk mencari topik perbualan dan mudah untuk mendekati mereka.


9. Jangan Terlalu Fokus.
Jangan sampai terlalu fokus untuk mendekati bakal mertua sehingga Anda melupakan kekasih anda. Anda tetap perlu untu berbual dan memperhatikannya sehingga keluarganya mampu melihat mengapa dia jatuh cinta dengan anda.

10. Bersikap ikhlas dan menerima seadanya.
 Tidak salah bila merasa gugup dan berusaha untuk memuaskan hati bakal mertua tetapi jangan sampai usaha Anda tersebut membuat Anda menjadi orang lain. Kekallah menjadi diri sendiri, dengan tetap memperhatikan etika dan norma yang ada.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar