Seorang pemilik ladang daripada Texas, Amerika Syarikat terkejut selepas menyedari kelahiran seekor anak lembu di ladangnya menyerupai wajah penyanyi rock lagenda terkenal iaitu Gene Simmons dari kumpulan KISS, lapor The Sun.
Peladang tersebut, Heather Leonard Taccetta telah menemui anak lembut itu dengan raut wajah, lidah panjang di mana ia telah dilahirkan 28 Julai itu serupa dengan solekan yang dikenakan oleh penyanyi utama kumpulan KISS, Gene Simmons.
Dia yang melihat anak lembu itu lantas mengambil gambar dan menghantarnya kepada Lembaga Pelancongan Tempatan , Pelancongan Hill Country lalu diperagakan gambar tersebut di laman perkongsian Facebook Pelancongan Hill Country.
Berdasarkan gambar wajah anak lembu itu hampir menyami solekan Simmons dengan jeliran lidah panjang berwarna merah jambu iaitu aksi yang sering dillihat oleh peminat setia kumpulan KISS.
Anak lembu itu telah diberikan gelaran “Wonder of Nature” yang bermaksud keajaiban alam semula jadi dan kini dijadikan maskot oleh restoran Steakhouse.
Gene Simmons itu merupakan lagenda rock yang terkenal bukan sahaja kerana suaranya yang unik tetapi jeliran lidahnya yang panjang dan symbol tangan berbentuk “tanduk syaitan”.
Berita ini turut di laman Facebook kumpulan KISS dengan kapsyen #KISSisEverywhere! HA! - Siakapkeli.my
Tidak ada komentar:
Posting Komentar