Selasa, 01 Agustus 2017

Ikut Trend Tebuk Subang Di Lesung Pipi t

APA sahaja sanggup dilakukan demi untuk nampak cantik! Walaupun hakikatnya menyakitkan dan memudaratkan diri sendiri.

Baru-baru ini tular di negara seberang, Thailand iaitu trend tindik pipi untuk menampakkan lesung pipit lebih cantik.

Kalau dulu budak-budak punk dah mulakan trend tindik satu muka, sekarang masanya untuk para gadis mengikuti trend ini.

Gila! Sanggup rasa sakit semata-mata nak nampak cantik dan puaskan diri sendiri. Mungkin bagi mereka ianya satu trend yang patut di ikuti?

Prosedur ini kelihatan sangat ‘mudah’. Mereka hanya perlu melubangkan pipi dan memasukkan tindak itu melalui dalam mulut. Hasilnya, mereka akan kelihatan lebih ‘sweet’.

Seorang gadis Siam bernama Cindy Liang telah berkongsi video di akaun Facebook miliknya tentang saat ‘manisnya’ mendapatkan perkhidmatan tindik yang semakin menjadi kegilaan gadis di sana.

Bagi gadis Siam di sana,  tindik pipi merupakan tambahan ‘aksesori’ yang sering digunakan oleh gadis lain seperti berlian atau emas.

Mereka yang memerlukan perkhidmatan ini cuma perlu melalui beberapa proses berikut:

1. Berkumur dengan menggunaan pencuci mulut bagi menyingkirkan kuman
2. Pipi gebu mereka akan dibius bagi mengurangkan rasa sakit ketika bertindik.
3. Bermulalah aktiviti menindik
4. Tempoh selama lapan bulan diperlukan nagi lubang itu sembuh sepenuhnya.
5. Mereka perlu berpantang beberapa makanan selama proses ini dijalankan dan kesihatan mulut perlu dititik beratkan.

So, ada yang berani tak nak tindik pipi? ‘Sweet’ sangat hasil tindik ini. Ada juga orang Malaysia yang dah mengikuti trend ni. Tengok sikit, sweet ke idok?

Bersyukurlah anda dengan apa yang telah dikurniakan oleh Allah A.W.T. Jangan pernaah mengubah hasil ciptaan-Nya.-MYNEWSHUB.CC / Ainaa Hafizah

Loading...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar